12 Saksi Tampil Bantu Selesaikan Kes Kemalangan Maut Syed Danial

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan kemalangan membabitkan Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir dan suspek Yew Wei Liang di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan, Sabtu lalu, seramai 12 individu telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis.

BACA : Dua Lagi Video Insiden Kemalangan Arwah Danial Dikongsi Netizen Tular

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memberitahu pihaknya juga telah merakamkan keterangan tiga lagi individu berkaitan kes terbabit pada petang tadi.

“Seramai 12 saksi awam yang dikatakan berada di lokasi ketika kejadian berlaku dan ada juga saksi yang membuat laporan polis mengenai kes terbabit,” – jelas Datuk Huzir Mohamed kepada Harian Metro.

Menurut Huzir, pihaknya sudah menerima hasil bedah siasat Syed Muhammad Danial, namun enggan mendedahkannya kepada umum bagi mengelakkan ia mengganggu siasatan polis.

Manakala suspek masih dalam tahanan reman sehingga 17 Ogos ini dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

1 Trackback / Pingback

  1. Suspek Langgar Syed Danial Disambung Reman, Isteri Suspek Dibebaskan - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*