16 Kanak-Kanak Jadi ‘Serigala Jadian’ Selepas Makan Ubat Sakit Perut

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Akibat pengambilan ubat-ubatan yang tercemar, seramai 16 orang kanak-kanak di Sepanyol mengalami ‘sindrom serigala’.

Memetik Daily Mail, kanak-kanak tersebut mengalami hipertrikosis, iaitu ditumbuhi bulu di badan mereka selepas mengambil ubat berkaitan dengan masalah perut.

Susulan kejadian itu, syarikat yang mengeluarkan ubat-ubat tersebut di Malaga telah digantung lesennya dan difahamkan syarikat farmaseutikal itu mempunyai pengedar di India.

Bukan sahaja kanak-kanak, enam orang bayi juga turut terjejas apabila ubatan itu digunakan sebagai merawat masalah asid dalam perut bayi serta pencernaan.

Manakala ibu bapa yang menggunakan ubatan terbabit telah dinasihatkan untuk mendapat rawatan segera.

Menurut pihak berkuasa Sepanyol, kanak-kanak mahu pun orang dewasa yang mengalami sindrom serigala ini supaya tidak terlalu bimbang kerana ia akan hilang sebaik sahaja berhenti mengambil kapsul ‘omeprazole‘ ini.

1 Trackback / Pingback

  1. Cemas! Kanak-kanak 3 Tahun Masukkan Jari Ke Dalam Lubang Tombol Pintu - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*