17 Sebab Kenapa BR1M 2017 Anda Ditolak Atau Tidak Lulus

08/03/2017

Sejak mula pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibuat, ramai pemohon BR1M 2017 mereka ditolak merungut permohonan mereka ditolak (gagal) atau tidak lulus pada status permohonan masing-masing.

BACA : BR1M 2017 Ditolak, Sila Buat Rayuan Segera!

Sebenarnya, ada sebab kenapa permohonan BR1M 2017 and ditolak atau tidak lulus sedangkan semua permohonan sudah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan sejak BR1M 1.0 diperkenalkan.

Untuk makluman anda semua, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada akan disemak terlebih dahulu oleh beberapa agensi kerajaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki. – tehpanas.com

Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ini adalah 17 sebab atau punca permohonan BR1M 2017 anda ditolak (gagal) atau tidak lulus :

  1. Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada.
  2. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.
  3. Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar.
  4. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan).
  5. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan).
  6. Maklumat tanggungan tidak lengkap.
  7. Pemohon wujud sebagai suami/isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.
  8. Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
  9. Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan kategori individu (bujang) itu gagal.
  10. Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar.
  11. Nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  12. Nama pemohon berbeza dengan data JPN.
  13. Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.
  14. Permohonan lebih daripada satu kali.
  15. Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza.
  16. Nama pasangan/ tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat.
  17. Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.

Adakah sebab BR1M anda ditolak tersenarai di dalam 17 punca permohonan BR1M 2017 ditolak di atas? Jangan risau, anda boleh membuat rayuan sebelum 31 Mei 2017.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 2 comments… read them below or add one }

ABDUL FATTAH BIN ABDULLAH April 26, 2017 at 8:48 am

Tidak lulus br1m saya punye

Reply

Mohd.Yatim Bin Md.Salleh June 14, 2017 at 1:30 pm

Saya se orang vateran tentera tidak berpencen dan tidak bekerja ,pada 11.10.2016 saya di timpa stoke ,pada pembayaran pertama bulan Mac saya menerima pembayaran se banyak Rm 300 , tapi pembayaran kedua saya tidak di bayar ,di sini boleh tidak saya ketahui sebab sebab nya.Maklumat maklumat peribadi saya ada pada borang BRIM yang telah di kemaskini harap dapat kerjasama dari pihak tuan / puan terima kasih.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: