“17,000 Penjawat Awam Yang Dipecat Dapat Habuan Hari Raya Juga” – PM

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Walaupun sudah tidak berkhidmat untuk kerajaan, seramai 17,000 penjawat awam lantikan politik yang telah ditamatkan perkhidmatan sebelum ini akan menerima habuan sempena Hari Raya Aidilfitri juga.

BACA : Tabung Harapan Malaysia Kumpul RM7 Juta Dalam 24 Jam

Itulah yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media petang tadi dan beliau memberitahu kerajaan tidak pernah bersikap zalim kepada mereka, biarpun sebelum ini mereka berkhidmat untuk kepentingan Barisan Nasional (BN).

Punca 17,000 penjawat awam dipecat

Dr Mahathir mendedahkan punca 17,000 dipecat kerana kebanyakan jawatan disandang mereka tidak diperlukan dalam melicinkan operasi pentadbiran kerajaan, sebaliknya lebih kepada membantu Barisan Nasional (BN).

Lagipun jawatan tersebut tiada kerja dan kerajaan mempunyai bukti berbentuk video untuk kegiatan penjawat awam yang telah dibuang kerja itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*