18 Batang Gigi Terpaksa Dicabut Gara-gara Kerap Tidur Dengan Botol Susu Masih Di Mulut

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

18 batang gigi seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa dicabut daripada 20 batang giginya pada 9 April lalu disebabkan kerap tertidur dengan botol susu masih di mulut.

BACA : ‘Doktor Gigi Youtube’ Dibebaskan Kerana Dia Aset Negara

Sathian Ken Suravisankul, doktor pergigian di Klinik Smile Station, Phuket, menasihatkan golongan ibu bapa menitikberatkan penjagaan dan mendidik anak-anak mereka untuk memberus gigi setiap hari.

“Dia hanya boleh menggunakan dua batang gigi yang terletak di kedua-dua belah rahangnya buat masa ini.

“Saya terfikir, macam mana dia nak makan,”  – Sathian Ken Suravisankul

Sebelum dicabut, gigi kanak-kanak itu rosak berpunca dari tabiatnya yang sering tertidur dengan botol susu masih di mulutnya dan tidak memberus gigi selepas minum susu.

Tabiat yang dilakukan sejak dari kecil itu menyebabkan gigi kanak-kanak terbabit rosak dan terus membusuk.

Sumber : Sathian Ken Suravisankul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. (Gambar) Letak Minyak Brek Bila Sakit Gigi, Pipi Berlubang & Nanah Penuh Hingga Ke Otak

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*