25 Kesilapan Filem Korea Train To Busan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pasti ramai yang telah menonton filem Korea 2016 ini, Train To Busan yang menjadi viral di laman sosial dan di mana sahaja terus hangat memperkatakan tentang kehebatan filem Korea ini.

Tapi, tahukah anda yang filem bertemakan ‘mayat hidup’ ini terdapat banyak kesilapan yang tanpa anda sedari. Mungkin anda sedar, tetapi anda buat-buat tak sedar sebab terlampau fokus dengan jalan cerita filem Train To Busan ini.

Jom, kita lihat 25 kesilapan filem Korea Train To Busan ini dari awal cerita sehingga tamat. See ya!

1) PEREMPUAN YANG DIJANGKITI VIRUS ZOMBIE YANG MASUK KE DALAM KERETA API KE BUSAN SANGAT LAMA UNTUK BERTUKAR MENJADI ZOMBIE


Penjaga pintu kereta api menuju ke Busan itu tidak sedar langsung perempuan yang dijangkiti virus zombie itu lalu di belakang nya dan terus masuk ke dalam kereta api tersebut.


Perempuan tu lama betul proses nak bertukar jadi zombie, sempat ikat kaki dan buat permintaan lagi.


Boleh ronda-ronda pulak dalam kereta api dan seorang pun tak perasan dengan kelakuannya yang aneh.


Tiba-tiba pengsan depan pintu tu. Pandai pula cari tempat luas untuk pengsan. Hehehe…


Akhirnya babak yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, perempuan tu bertukar menjadi zombie sepenuhnya dan mengambil masa lebih kurang 5 hingga 8 minit.

2) STAF KERETA API DIGIGIT DAN TIDAK SAMPAI 5 SAAT UNTUK BERTUKAR MENJADI ZOMBIE


Tak sampai 5 saat selepas kena gigit oleh zombie, staf kereta api terus bertukar menjadi zombie. Mungkin ketahanan antibodi mereka tak kuat?

3) ZOMBIE YANG JATUH DARI HELIKOPTER TAHAN LASAK


Zombie yang jatuh dari helikopter yang sedang terbang terus bangun dan mengejar manusia yang berhampiran. Memang tahan lasak, tapi tak tahan kena pukul dengan tangan kosong!

4) ZOMBIE LARI LAJU MACAM USAIN BOLT


Zombie biasanya lembab dan pergerakan yang perlahan, tetapi berbeza dengan zombie Korea yang sangat pantas dan berlari laju seperti juara pecut dunia, Usain Bolt!

5) ZOMBIE BERLEMBUT DENGAN HERO DAN WATAK UTAMA


Kalau menyerang mangsa lain, bukan main ganas lagi zombie-zombie ni, tapi apabila menyerang watak utama terutamanya hero-hero ni, berlembut pulak mereka ni. Kalau ikutkan senang jer zombie ni nak gigit tangan atau leher hero-hero ni kan?

6) ZOMBIE GIGIT BAJU MANGSA, TAPI DARAH TERPERCIK KUAT


Manusia ni tak kena gigit lagi pun, tapi darah terpercik macam kena tikam dengan pisau pulak

7) CERMIN KACA YANG TAHAN LASAK


Semua cermin kaca sama ada cermin pintu dan tingkap keretapi atau cermin di stesen kereta api adalah sukar untuk dipecahkan walaupun beribu zombie merempuh kaca cermin tersebut.


Tiba-tiba cermin kaca itu akan menjadi mudah pecah apabila manusia melarikan diri daripada zombie dari kawasan tersebut.


Cermin tingkap ni pula, pecah selepas manusia berjaya melarikan diri. Tingkap tu pecah serentak pula tu. Hmmm…

8) WANITA MENGANDUNG LARI LEBIH LAJU DARI ZOMBIE DAN ORANG LAIN


Wanita mengandung (Sung Gyeong / Yu-mi Jeong) berlari laju mengalahkan zombie dan orang lain. Kadang-kadang wanita ni terlupa yang beliau tengah sarat mengandung dan apabila teringat yang dirinya berbadan dua, beliau akan terus memegang perutnya.

9) ZOMBIE ASKAR JATUH DARI ATAS KERETA API, TANGAN PATAH


Zombie askar ni jatuh dari atas kereta api, tak tinggi mana pun tapi tangan terus patah. Patah ke terkehel? Tangan patah, tapi nak bangun pun terkial-kial dan terus tak boleh nak buat apa-apa. Kasihan…

10) ZOMBIE PANDAI MENGELAK TAKUT TERSEPAK KEPALA KAWAN


Tak sangka pulak yang zombie ni masih bersifat setia kawan, pandai mengelak daripada tersepak kepala kawannya yang jatuh terbaring di lantai.

11) ZOMBIE MELOMPAT TINGGI DAN JAUH


Zombie yang boleh melompat dengan tinggi dan sangat jauh. Sesekali mereka boleh melompat seakan-akan terbang di udara.

12) ZOMBIE TIDAK SEDAR KEWUJUDAN MANUSIA DALAM JARAK DEKAT


Walaupun tidak sampai 10 meter, zombie tidak wujud dengan kehadiran manusia di belakang mereka.

13) ZOMBIE AMBIL MASA UNTUK SERANG WATAK UTAMA


Zombie ambil masa yang lama untuk serang mangsa walaupun hanya berapa meter sahaja jarak daripada mangsa. Biasalah kan kalau watak utama, kalau watak sampingan memang dah kena ngap dah!

14) ZOMBIE MASIH KENAL KAWAN


Zombie masih kenal dengan kawan sendiri dan mungkin berfikir sama ada untuk menyerang atau pun memeluk kawan manusianya itu.

15) ZOMBIE KOREA RABUN MALAM


Berbeza dengan zombie negara lain, zombie Korea adalah rabun malam dan mungkin takut dengan kegelapan.

16) CERMIN TINGKAP KERETA API SUKAR DIPECAHKAN OLEH MANUSIA


Cermin tingkap kereta api sangat sukar untuk dipecahkan oleh manusia walaupun menggunakan kayu ataupun senjata lain. Tetapi cermin tersebut sangat mudah dipecahkan oleh zombie hanya menggunakan tapak tangan sahaja.

17) ABANG SADO KENA GIGIT TANGAN, SEMPAT BERLAWAN DENGAN ZOMBIE


Abang sado ( Dong-seok Ma / Sang Hwa) akhirnya telah digigit tangannya oleh zombie selepas menghalang pintu di dalam kereta api daripada zombie.


Okay, abang sado sempat beritahu pada isterinya nama anak yang dalam kandungan isterinya.


Tunggu lama untuk bertukar menjadi zombie, menentang habis-habisan zombie yang lain. Yearghhh!!!


Memang hebat abang sado ni, walaupun muka dan matanya telah berubah menjadi zombie, tetapi masih boleh melawan zombie.

18) WANITA TUA RELA HATI JADI ZOMBIE, MOTIF?


Wanita tua ni dengan rela hati dimakan oleh zombie. Nak kata tolong halang zombie daripada masuk ke dalam gerabak orang ramai tu, tak juga. Macam menunggu kena makan oleh zombie jer. Apa motif?

19) ZOMBIE TUA TAK AGRESIF, MASIH KENAL DENGAN ADIKNYA


Tak sangka pulak yang zombie ni ikut umur dengan tahap agresif dan ganas. Sebab zombie tua ni macam tak larat jer. Yang istimewa zombie tua ni, dia masih kenal dengan adiknya yang masih hidup.

20) APA MOTIF WANITA TUA NI BUKA PINTU YANG ADA ZOMBIE NI?


Apa motif wanita tua ni buka pintu gerabak yang ada beratus zombie dalam tu? Oh, mungkin dia nak selamatkan kakaknya ataupun nak join kakaknya jadi zombie jugak?

21) ORANG TUA PECAH CERMIN KACA GUNA SIKU JER


Wah hebat jugak orang tua (Eui-sung Kim / Yong-Suk) yang dibenci oleh orang ramai ni. Orang lain guna macam-macam senjata pecahkan cemrmin kaca tingkap kereta api, orang tua hampeh ni guna siku jer bro!

22) LELAKI SENGAJA TUNGGU TEMAN WANITA ZOMBIE GIGIT LEHER


Macam biasa, kalau watak utama memang makan masa untuk bertukar menjadi zombie. Begitu juga perempuan (Sohee / Jin-hee) selepas digigit oleh zombie dan lambat untuk bertukar menjadi zombie walaupun muka dan matanya telah berubah.


Yang budak lelaki (Woo-sik Choi / Young Gook) ni pulak, memang sengaja tunggu teman wanitanya menjadi zombie sambil menangis. Hampeh!

23) ZOMBIE REVERSE MASA KEJAR MANGSA


Zombie yang kejar orang tua tu reverse ke? Kalau ikutkan mula-mula jatuh, dia kat rel kereta api pertama tu, bila pemandu (kapten) kereta api tu sampai, jauh pulak zombie tu ye…

24) ORANG TUA DAH JADI ZOMBIE TAPI BOLEH BERSEMBANG


Orang tua ni memang serba serbi istimewa, walaupun dah bertukar jadi zombie, dia masih lagi bersembang dan minta tolong hantar dia balik ke daerahnya sebab ibunya sedang menunggu di rumah.
Selepas diberitahu yang dirinya telah dijangkiti virus zombie, barulah dia perasan dan terus mengganas. Hahaha…

25) HERO KENA GIGIT ZOMBIE TUA, TAPI MASIH BOLEH SENYUM


Alamak, hero (Yoo Gong / Seok Woo) kena gigitlah! Kena gigit oleh zombie tua yang pentingkan diri pulak tu.


Kalau watak utama yang lain pun makan masa nak jadi zombie, apatah lagi hero kan? Ya, hero kita ni makan masa nak bertukar jadi zombie. Mata dah putih, muka dah keluar urat-urat pun masih belum bertukar.


Masih lagi senyum dan teringat dengan anaknya (Soo-an Kim / Soo-an) dan terkenang dengan zaman silamnya.


Akhirnya, hero tak sempat jadi zombie dan bunuh diri? Rasa-rasa dah jadi zombie kot sebab muka dan mata pun dah bertukar.

Banyak lagi kesilapan dalam filem Train To Busan ni kot, tapi mungkin tak nampak. Diharap Train To Busan 2 nanti akan lebih mantap dan zombie dalam filem Train To Busan 2 nanti lebih pantas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*