3 Kanak-kanak Adik Beradik Maut Ditetak, Suspek Gila Atau Dadah?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Baru sahaja umat Islam menyambut 1 Ramadan pada hari ini, namun telah dicemari satu adegan ngeri di mana tiga kanak-kanak yang merupakan adik-beradik maut ditetak oleh seorang lelaki yang didakwa kurang siuman.

Manakala empat lagi parah termasuk ibu ketiga-tiga mangsa serta dua pelajar sekolah dalam kejadian yang berlaku lebih kurang 2 petang tadi.

Kejadian amuk itu berlaku di Kampung Sungai Haji Mohamad, Selekoh dekat Rungkup, suspek menceroboh masuk ke rumah didiami tiga mangsa dan ibunya yang bersenjatakan parang melibas ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan hingga mengakibatkan kematian manakala ibu mangsa cedera parah.

Selang setengah jam selepas menceroboh ke rumah mangsa, suspek terus menghala ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Mohamad dan menetak dua pelajar sekolah dan seorang orang awam.

Pihak polis mendakwa suspek merupakan seorang lelaki yang kurang siuman.

Betul ke kurang siuman? Ataupun kurang dadah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Pembunuh 3 Beradik Tidak Gila, Berpunca Daripada Dadah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*