3,000 Tan Sampah Plastik 14 Negara Disimpan Di Malaysia, Kanada Tidak Mahu Ambil Balik

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Isu sampah 3,000 tan sisa plastik daripada 14 negara termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Australia dan Britain masih belum menemui penghujung apabila negara Kanada memberitahu mereka tiada perancangan untuk menerima semula sampah tersebut.

“Tiada perancangan untuk kerajaan Kanada menerima semula sisa yang berada di Malaysia.” – kenyataan Jurucakap Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Gabrielle Lamontagne  melalui e-mel kepada Reuters

Mereka menjelaskan Kanada tidak menerima sebarang maklumat mengenai penghantaran sisa plastik dari Kanada ke Malaysia dan berkata kementerian berkenaan kini cuba mendapatkan butiran lanjut daripada Malaysia kerana tiada maklumat mengenai berapa banyak daripada sisa plastik berkenaan berasal dari Kanada, memetik Harian Metro,

Berbeza dengan Filipina yang memanggil pulang diplomatnya di Kanada pada Mei lalu berhubung sisa buangan isi rumah yang dilupuskan secara haram dari negara itu yang tidak dihantar pulang ke Kanada menjelang tarikh ditetapkan.

Adakah ini yang dikatakan ‘bundle sampah’ di Malaysia?

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*