Dirempuh Pemandu Myvi, 5 Pemotong Rumput Rehat Di Tepi Jalan Maut

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kemalangan bukan saja berlaku di tengah jalan, malah di tepi jalan juga akan berlaku. Begitulah yang terjadi kepada lima orang pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan dipercayai maut, manakala seorang lagi cedera parah apabila dirempuh oleh sebuah kereta.

BACA : Lelaki Maut Dilanggar & Digilis Selepas Kemalangan Kecil

Dalam kejadian di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla, 3 petang semalam, pemandu Perodua Myvi merupakan seorang wanita rakyat Malaysia berusia 31 tahun dari Kelantan dan turut dinaiki penumpang wanita lain, juga rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Penyiasat Balai Polis Rattaphum Thewa Daoruang, mangsa yang maut dikenali sebagai Chaikaew, 53; Witchaya Thongma, 51; Somporn Sawatdiraksa, 54; Theerawut Mongkhol, 37; dan Wirat Semkhai, 34, manakala Bamreur Ketmoon, 56, dilaporkan parah.

Manakala ketiga-tiga wanita yang menaiki kereta itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan dan siasatan mendapati mereka dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Hat Yai, memetik Harian Metro.

Hasil siasatan mendapati pemandu itu melanggar sesuatu mengakibatkan kenderaan dipandu hilang kawalan lalu merempuh kumpulan pekerja terbabit dan kejadian itu juga sudah dilaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Songkhla.

“Digilis Berulang Kali” – Lelaki Maut Dilanggar Selepas Kemalangan Kecil

1 Trackback / Pingback

  1. Adik Pemandu Myvi Rempuh Pemotong Rumput Minta Sumbangan Ikat Jamin Kakaknya Dikecam Netizen - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*