A. Aida Mengaku Bercerai, Rumah Tangga Hanya Bertahan Sembilan Bulan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas mendirikan rumah tangga selama 9 bulan bersama pelakon muda Ariff Aziz, Datuk A. Aida mengesahkan telah bercerai pada April lalu.

“Benar, kami sudah bercerai pada April lalu,” – A. Aida.

Menurut A. Aida, 49 tahun, dia reda dengan perpisahan itu walaupun dia tahu dirinya akan mencetuskan lagi kontroversi selepas ini, memetik Utusan Online.

“Jodoh pertemuan, ajal maut dalam jagaan Allah SWT. Saya sendiri tidak mahu bercerai berai macam ni, tetapi apa boleh buat.

“Perkahwinan kami hanya bertahan tidak sampai setahun, saya reda,” – A. Aida.

A. Aida reda dengan perkahwinan yang tidak lama dengan Ariff Aziz dan tidak mendedahkan punca penceraian perkahwinannya itu.

Termasuk penceraian ini, A. Aida didakwa telah bercerai sebanyak empat kali termasuk tiga perkahwinannya dengan bekas suaminya yang dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. "Berikan Hatimu Padaku" - Bekas Suami A. Aida Jadi Mangsa Godaan Peminat - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*