“Alhamdullillah Selesai” – Abam Bocey & ‘Pakcik Bawang’ Sudah Berbaik

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Nampaknya isu ‘ujian DNA’ telah selesai apabila Abam Bocey mendakwa dia dan ‘Pakcik Bawang’ sudah pun berbaik selepas perjumpaan semalam seperti mana foto yang dimuat naik oleh adiknya, Ali Puteh semalam di Instagram.

BACA : Abam Bocey & ‘Pakcik Bawang’ Berjumpa, Berbincang Isu ‘Ujian DNA’

Menerusi laman Facebook, Abam Bocey memuat naik status menjelaskan rasa syukur selepas semua kemelut antara dia dan pakcik tersebut telah selesai.

Alhamdulillah selesai… Dapat saya cium pipi pakcik… Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dipermudahkn segala urusan pakcik… Maaf dari pihak kami juga,

Di harap jangan dipanjangkan lagi… Respect pakcik sudi datang…. Doakan yg terbaik semua… InsyaALLAH harap tiada dendam dalam hati.

Selamat hari raya eidulfitri maaf zahir batin…” – tulis Abam Bocey

Menurut Abam, ‘Pakcik Bawang’ atau Zainuddin Abd Ghani itu sanggup datang dari Kuala Berang, Terengganu, semata-mata untuk berjumpa dengannya.

Zainuddin yang berusia dalam lingkungan 50-an sebelum ini menggunakan nama Lau Kok Chan di Facebook itu datang ke rumahnya bersama isteri dan dua anaknya semalam.

Abam Bocey turut meminta maaf pagi pihak keluarganya dan berharap perkara terbabit jangan dipanjangkan lagi.

Dia juga memuji usaha pakcik itu kerana sudi dayang dan berharap tiada dendam dalam hati antara mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*