Abam Bocey Pilih Gadis Sabah Jadi Teman Wanita

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Akhirnya Abam Bocey mengakui yang dirinya sedang berkawan dengan seorang wanita yang berasal dari Lahad Datu, Sabah yang juga menjadi pilihan hatinya dan keluarganya.

“Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu”

“Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor”

“Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu,” – Abam Bocey

Sebenarnya gadis pilhan hati pelakon dan pelawak ini adalah peminatnya yang meminantinya selepas rancangan masakan yang dikendalikan oleh Abam Bocey.

Semoga Abam dan pilihan hatinya akan kekal dan berkahwin. Jangan hangat-hangat tahi ayam dan rajin-rajinlah bersenam ya Abam, takut pula pilihan hati engkau nanti lari sebab saiz engkau yang makin hari makin besar nanti.

Bukan apa, kami tolong ingatkan sahaja ya!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*