Abang Botak Keluar Dari Penjara, RM6,000 Jadi Jaminan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pasti ramai yang mengikuti kes Abang Botak yang dipenjara 12 bulan gara-gara memecahkan cermin sebuah kereta menggunakan topi keledar telah dibebaskan selepas enam hari dipenjara.

BACA : Peguam Wanita Suzana Tak Jadi Bantu Danial ‘Abang Botak’ Kerana…

Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman itu yang berlangsung di hadapan Majistret Nur Shahira Abdul Salim, Jumaat lalu.

Namun, mahkamah menetapkan RM6,000 sebagai jaminan dan memerintah Abang Botak atau nama sebenar Danial Tan Abdullah melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, semakan juga mendapati, Danial, 31, turut memfailkan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.

Peguam yang mewakili Danial, Nur Rafiuddin Maswari mengesahkan Danial turut memfailkan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*