“Tahun Melawat Korea Selatan Ada Jemput Artis Malaysia Nyanyi Tak?”- Adibah Noor Bersuara Isu BTS

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Nampaknya isu membawa masuk kumpulan K-pop BTS ke Malaysia sempena Hari Melawat Malaysia 2020 oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq belum berakhir apabila giliran selebriti Adibah Noor pula lantang menyuarakan tidak puas hati terhadap cadangan itu.

BACA : Awie Tidak Puas Hati Kumpulan K-pop BTS Datang Malaysia

Adibah Noor telah memuat naik tweet di laman Twitter miliknya dengan soalan yang agak pedas menyindir cadangan Syed Saddiq.

“Tahun melawat Korea Selatan ada jemput artis Malaysia nyanyi tak?,” tulis Adibah Noor di Twitter.

Tweet tersebut mengundang kecaman daripada netizen terutamanya peminat muzik K-pop, lebih-lebih lagi peminat kumpulan K-pop BTS.

Bukan itu saja, malah ada juga yang beranggapan bahawa Adibah seperti tidak berfikiran terbuka di dalam isu ini serta mengaitkan apa yang Malaysia pernah buat ke atas penyanyi Yuna dan Shila Hamzah yang kini berjaya di negara luar.

Sebelum ini, artis lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Awie pernah memberi kecaman terhadap isu BTS ini dan turut mengundang pelbagai respon daripada netizen terutamanya peminat muzik K-pop.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*