Adik Pemandu Myvi Rempuh Pemotong Rumput Minta Sumbangan Ikat Jamin Kakaknya Dikecam Netizen

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam kita dikejutkan dengan kemalangan maut di daerah Rattaphum, Thailand melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh wanita warga Malaysia menyebabkan lima orang warga tempatan maut.

LIHAT : (Gambar) Dirempuh Pemandu Myvi, 5 Pemotong Rumput Rehat Di Tepi Jalan Maut

Menerusi Facebook, adik kepada pemandu terbabit menggunakan nama akaun Akma Azlan, menceritakan perkara sebenar yang terjadi menimpa ke atas diri mereka.

Menurut Akma, 23 tahun, kereta yang dipandu kakaknya, Melinda Susilanini Mohd Azalan, 31 tahun, dalam kelajuan biasa, namun hilang kawalan dan stering tiba-tiba terkunci mengakibatkan kereta hilang kawalan.

Akibat daripada itu, kereta yang dipandu oleh Melinda telah merempuh enam orang pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan menyebabkan lima orang terkorban dan seorang lagi selamat, namun mengalami cedera parah.

Manakala Melinda, Akma dan seorang lagi rakan mereka yang menumpang hanya mengalami cedera ringan dan Melinda yang merupakan pemandu kenderaan tersebut kini ditahan di lokap sementara menunggu ikat jamin berjumlah RM60,000 (400,000 bath).

Akma meminta bantuan sumbangan rakyat Malaysia untuk ikat jamin Melinda

Menerusi perkongsian itu, Akma turut meminta bantuan sumbangan rakyat Malaysia untuk mengikat jamin kakaknya yang kini masih dalam tahanan lokap di Thailand.

Bagaimana pun, posting tersebut menerima kecaman hebat daripda netizen kerana mengecam tindakan adik pemandu tersebut yang meminta dana orang ramai untuk mengikat jamin kakaknya yang didakwa telah meragut lima nyawa yang tidak bersalah.

Bukan itu saja, ada juga netizen yang beranggapan, lebih baik dermakan kepada keluarga mangsa yang lebih memerlukan daripada membantu kakaknya yang telah menyebabkan kematian.

Untuk info, menerusi portal lain mendakwa pemandu kereta Myvi itu tidak mempunyai lesen dan mempunyai 5 rekod saman yang lampau masih tidak dibayar termasuk saman memandu lebih dari had laju.

Dirempuh Pemandu Myvi, 5 Pemotong Rumput Rehat Di Tepi Jalan Maut

1 Trackback / Pingback

  1. Rempuh 5 Pemotong Rumput, Pemandu Myvi Berdepan Penjara 10 Tahun & Denda RM2,721 - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*