Afdlin Shauki Pertahankan Najip Ali Persenda PM Najib Razak

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Walaupun nampak remeh bagi sesetengah pihak, isu persenda Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah memberi impak yang besar kepada Najip Ali memandangkan dia bekerja di Malaysia.

BACA : Najip Ali Dibuang Dari Maharaja Lawak Mega 2017 Serta Merta

Akibat daripada insiden tersebut, Najib Ali telah disingkirkan untuk menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017.

Secara tak langusng, ramai rakyat Malaysia mengecam tindakan Najip Ali yang mempersendakan Perdana Menteri kesayangan mereka itu dan selebriti Malaysia terutamanyan Zed Zaidi turut menuntut kebenaran daripada Najip Ali.

Namun, hanya seorang selebriti dan merupakan rakan Najip Ali iaitu Afdlin Shauki yang berani bersuara untuk mempertahankan hak Najip Ali yang didakwa tersepit di tengah-tengah.

Afdlin Shauki melalui akaun Instagram miliknya mempertahankan Najip Ali ;

“Baru-baru ni Najip Ali di marahi ramai org Malaysia kerana telah terbabit dalam isu penghinaan perdana menteri kita. Ramai yg terburu-buru memaki hamun najip ali kerana kononnya beliau juga menghina PM kita. Saya buat sedikit kajian dan menonton kembali segmen dalam rancangan ok chope itu dan mendapati yg dalam segmen itu pelawak pelawak di minta memenuhi keratan akhbar ‘Najib slams ……. for hindering Malaysia’s growth’ dalam bahasa malaysia ianya bermakna Najib membantai …….. kerana menyebabkan kebantutan pembangunan di Malaysia. Najip ali menjawab ‘ Najib with a b slams najip with a p for threatening Malaysia’s growth!’ …. pada saya tak offensive dan tak kelakar pun. Yg masaalahnya adalah gang pelawak singapore yg menokok nambah dgn pelbagai issue utk mengkomedikan keadaan… itu pada saya keterlaluan. Mungkin kerana selain najip mereka takde yang mencari rezeki di Malaysia yg mereka lansung tak berjaga jaga bila berkata kata. Poin saya yg patut di persalahkan adalah penerbit dn stesyen tv yg mengeluarkan rancangan ini. Di Malaysia kita ada MCMC yg sentiasa memantau kontent di siaran tv Malaysia ini agar ianya tidak menyentuh perkara sensitif. Najip Ali adalah seorang yg sangat sensitive kepada perasaan org malaysia. Pada saya dia tersepit di situasi yg dia tak ada ruang utk mengawalnya kerana konten itu bukan dibuatnya Najip Ali tapi penulis dan penerbit rancangan itu. Alhamdulillah Najip dah pun meminta maaf jadi pada pendapat saya kita tinggalkan sahaja episode ini. Kita sendiri sentiasa mencari kemaafan dari Allah SWT , tapi kita tak sanggup memaafkan org yg memohon maaf kepada kita. Janganlah kita terlalu hebat jika kita juga tahu kita ni insan lemah yg banyak buat silap.”

Oh ya, malam ni Datuk Aznil Haji Nawawi menggantikan Najip Ali sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017.

ArtisBuzz – Tak pasal-pasal Afdlin Shauki pulak kena kecam lepas ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*