“Saya Terima Tekanan…” – Ahmad Idham Dedah Punca Tamat Kontrak CEO Finas

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

CEO Finas, pelakon dan pengarah terkenal, Ahmad Idham Nadzri mendedahkan keputusan dia menghantar surat permohonan penamatan kontrak lebih awal kepada Finas dibuat selepas menerima tekanan daripada pihak tertentu.

BACA : “Kalau Kerajaan Ban Netflix, I Nak Baring Depan FINAS” – Sharifah Sakinah

“Betul, saya ada hantar surat mahu menamatkan kontrak lebih awal, tetapi keputusan itu diambil selepas menerima tekanan daripada pihak tertentu,” – jelas Ahmad Idham kepada Harian Metro.

Sebelum ini, spekulasi mengatakan Ahmad Idham tidak melakukan tugasnya dengan baik yang disebarkan pihak tertentu bagi tujuan melobi adalah alasan yang tidak kukuh kerana rata-rata artis tempatan mengatakan dia menjalankan tugasnya dengan baik.

Semua ini berpunca apabila pergolakan dalam Finas mula dihidu sejak minggu lalu apabila ada desas-desus mendakwa Ahmad Idham diminta bercuti selama tiga bulan bermula minggu ini.

Dalam pada itu, di media sosial ramai netizen membahaskan mengenai siapa yang layak untuk menjadi CEO Finas yang baharu dan rata-rata mengatakan Datuk Dr. ACP (K) Md. Yusof bin Md. Haslam adalah orang yang paling layak untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*