Aibkan Nama Mendiang Ayah Watson Nyambek, Azizul Ammar Bakal Dipenjara 2 Tahun

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara mempersendakan nama mendiang ayah pelari pecut negara, Watson Nyambek, bekas pengacara program Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan hari ini didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

BACA : Ammar Akan Terima Hukuman & Tindakan Disipilin

Produser program Sukan Tak Sentral, terbitan Primeworks Studios, Abdul Ghani Mohd. Mokhtar turut didakwa atas pertuduhan yang sama juga di mahkamah Sibu, Sarawak hari ini.

Mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Azizul Ammar secara sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Mei lalu kira-kira jam 11.30 malam di Hotel Medan apabila menyebut nama ‘Nyambek’ iaitu nama mendiang bapa Watson dalam keadaan menghina ketika menjadi pengacara pada program Sukan Tak Sentral yang disiarkan TV3.

Namun, majistret melepaskan kedua-dua tertuduh dengan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan kedua-dua tertuduh turut diarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes pada 4 Julai depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*