Air Asia – Percuma 3 Juta Tempat Duduk

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seperti biasa, Air Asia Berhad akan menawarkan pakej percuma kepada semua pelanggan dan kali ini sebanyak 3 juta tempat duduk bermula pada 10 Jun 2015 hingga 17 Januari 2016, tak kisahlah penerbangan domestik atau antarabangsa.

Tempat duduk percuma ini sudah boleh ditempah bermula pada 16 November ini, tapi bukan semuanya free kerana tawaran ini tidak termasuk surcaj, bahan api dan yuran lain untuk penerbangan AirAsia.

Okay, perhatikan betul-betul penerbangan yang terlibat dalam tawaran ini, hanya penerbangan Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kucing, Yogyakarta, Krabi, Siem Reap, Kalibo, Da Nang, Surat Thani, Chengdu dan Perth yang mendapat promosi tempat duduk percuma ini.

Untuk yang ingin mendapat promosi tempat duduk percuma dari Air Asia ini, bolehlah menempah melalui laman rasmi AirAsia, www.airasia.com atau melalui applikasi AirAsia pada iPhone dan peranti Android anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*