Penduduk Gempar Air ‘Pink’ Keluar Dari Paip, Pihak Berkuasa Mohon Maaf

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ratusan penduduk di Coal Grove, Ohio di Amerika Syarikat (AS) kecoh apabila air berwarna merah jambu keluar dari paip mereka pada 3 Jun lalu.

Bagaimana pun, pihak berkuasa memberi jaminan bahawa air tersebut selamat untuk diminum tetapi warna air itu boleh memberi kesan kepada pakaian yang dicuci.

Kekecohan penduduk membuatkan pihak berkuasa tempatan terpaksa mengeluarkan kenyataan permohonan maaf mengenai air ‘pink’ tersebut.

Menurut odditycentral, pihak berkuasa menjelaskan bahawa warna air yang luar biasa itu berpunca daripada kerosakan pam di loji rawatan air dan mengakibatkan terlalu banyak Natrium Permanganat dilepaskan ke dalam tangki saluran air.

Pihak berkuasa memberi jaminan bahawa air tersebut selamat untuk diminum selepas sampel makmal menunjukkan tahap natrium permanganat berada di bawah garis panduan risiko kesihatan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*