Aisyah Tajuddin Kritik PAS, Bukan Kritik Hudud

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Aisyah Tajuddin, penyampai radio BFM sebelum ini didakwa menghina pelaksanaan hudud di negeri Kelantan melalui video mengundang kontroversi sehingga menerima ugutan bunuh dan rogol.

[TONTON : VIDEO AISYAH TAJUDDIN HINA HUDUD DI KELANTAN]

Macam biasa, bila dah buat salah mestilah minta maaf. Aisyah Tajuddin telah pun membuat satu kenyataan bahawa beliau mengkritik dasar PAS di Kelantan dan bukannya menghina hudud, lebih-lebih lagi mempersenda agama Islam.

“Ia (video) menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuatan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama,”

“Perlu dinyatakan bahawa liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan video ini, yakni untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosioekonomi rakyat Kelantan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi nada dan cara penyampaian saya di dalam video tersebut. Saya tiada niat untuk mengherdik. Saya tiada niat untuk menghina.

“Namun kini saya sedar bahawa ia telah menimbulkan kemarahan. Maka untuk itu, saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana-mana agama apatah lagi agama saya sendiri,” Aisyah Tajuddin.

Jika ditonton semula Video Aisyah Tajuddin Hina Hudud itu, jelas sekali wanita ini fokus mempersendakan hudud terutamanya bahagian menunjukkan nasi lemak.

Rasa-rasa semua aktiviti laman sosial Aisyah Tajuddin macam dihentikan seperti Twitter dan Facebook mungkin disebabkan ugutan bunuh dan rogol yang diterima oleh Aisyah sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*