“Ini Satu Pembaziran & Boleh Diderma” – Pakaian Seragam & Akesesori PLKN Dibuang

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jika diikutkan, pakaian seragam rasmi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak boleh dibawa balik oleh peserta dan tidak boleh dipakai oleh individu lain selain peserta PLKN semasa program tersebut.

Malah, peserta PLKN sebelum ini mengadu tidak semua yang dapat pakaian seragam PLKN yang baharu, ramai yang dapat pakaian terpakai dari peserta-peserta tahun-tahun sebelumnya.

Menerursi laman sosial Twitter @norazizahhh memuat naik gambar pakaian seragam rasmi PLKN dibuang dengan begitu banyak sekali di kawasang Tasik Biru.

“Guys, kalau korang nak baju atau seluar PLKN boleh dtg kat sini (tasik biru) dorang buang banyak gila weh. Aku dgn budak budak aku baru lepas kutip wei,” – tulis @norazizahhh di laman Twitter

Gambar pakaian dan aksesori PLKN yang dibuang dan dikutip oleh orang ramai

Bukan saja pakaian seragam baju celoreng PLKN, malah kemeja dan aksesori seperti topi, kasut, beg serta tali pinggang PLKN turut dibuang.

Pelbagai reaksi daripada netizen mengenai baju dan seluar PLKN yang dibuang itu dan ramai yang mengatakan ianya satu pembaziran memandangkan pakain tersebut masih baru dan boleh diderma kepada yang memerlukannya.

Video pakaian & aksesori PLKN dibuang di Tasik Biru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*