Mohon Maaf Kepada Kakak Ipar, Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara menggelarkan kakak ipar berhati binatang dalam satu posting di Instagram, pelawak Ali Puteh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kakak iparnya, Siti Noorhidayah Mohd Ali menerusi sidang media tergemparnya pada petang tadi.

BACA : Individu Hina Arwah Abam Bocey Padam Akaun Facebook

Ali turut mengakui terlalu mengikut perasaan pada masa itu dan mendakwa dirinya dirinya sedang celaru dan masih bersedih dengan pemergian abangnya, pelawak Abam Bocey.

Dalam pada itu, Ali turut memaafkan sesiapa sahaja yang melemparkan tohmahan berbaur fitnah terhadap dirinya.

“Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini.

“Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis buka orang hacked IG saya.

“Saya memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya supaya tidak bertindak melulu.

“Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tohman dilemparkan termasuk fitnah.

“Namun saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka,” – jelas Ali Puteh kepada Gempak.

Menurut Ali, dia dan ibunya akan bertemu dengan kakak iparnya dan menyelesaikan semua perkara.

“Saya dan ibu akan pergi bertemu balu Abam dan selesaikan apa yang perlu diselesaikan cuma ia akan berlangsung tanpa sebarang publisiti.

“Biarlah kami selesaikan sesama keluarga,” – Ali Puteh.

Ali yang kelihatan sugul dan sayu selepas sidang media juga sempat memberitahu dia sedia berundur dari dunia seni bermula hari ini dan memberi fokus terhadap ibunya yang uzur.

“Saya sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan lagi.

“Andai rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya berserah kepada Allah SWT.

“Saya akan fokus menjaga ibu. Lagipun kehadiran saya dalam dunia seni ini bersama arwah Abam… Apalah maknanya tanpa dia di sini bersama saya,” – Ali Puteh.

Individu Hina Arwah Abam Bocey Padam Akaun Facebook

1 Trackback / Pingback

  1. Mohon Maaf Kepada Kakak Ipar, Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*