Tatu Nama Bella Di Dada, Aliff Aziz Dedah Cerita Sebenar

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas bercerai dengan bekas isteri, Bella Astillah, kehidupan Aliff Aziz seakan-akan tidak terurus apabila baru-baru ini telah ditahan polis gara-gara mencuri duit seorang artis wanita Indonesia, Raja Yunika Putri di sebuah kelab malam.

BACA : Aliff Aziz Ditahan Polis, Didakwa Mencuri Duit Artis Indonesia

Kali ini, nama Aliff Aziz sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila sekeping foto viral di laman sosial memaparkan di dadanya tertulis nama bekas isterinya ‘BELLA’ yang didakwa sebagai tatu oleh segelintir netizen.

Berhubung dengan foto mencacah tatu nama Bella di dada, Aliff memberi jawapan kepada soalan netizen dengan ringkas dan memberitahu bahawa nama tersebut ditulis dengan menggunakan inai, bukanlah tatu seperti yang didakwa.

Namun, sebuah video Aliff Aziz kelihatan bengang dan berbual dengan rakannya melalui telefon bimbit dan jelas kelihatan belakang Aliff terpampang lukisan tatu yang sangat besar. Inai juga ke?

Menerusi video tersebut, rakan baik Aliff Aziz dikatakan memburuk-burukkan namanya dari belakang dan sebab itulah Aliff mengamuk dan menghubungi rakannya itu.

Video Aliff Aziz yang bersembang menggunakan bahasa ‘Lu Gua Lu Gua’ itu juga sudah pasti dirakam orang yang rapat dengannya juga.

Video Aliff Aziz Gaduh Telefon ‘Lu Gua Lu Gua’ dengan kawan karib

“Letih beb, lepas gaduh dengan member dalam telefon.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Itu Gambar Lama" - Isu Tatu & Video Bertengkar, Bella Mahu Aliff Aziz Terus Kuat - TEHPANAS
  2. “Itu Gambar Lama” – Isu Tatu & Video Bertengkar, Bella Mahu Aliff Aziz Terus Kuat - Info Sebenar
  3. "Merah Itu Pewarna Sirap" - Kesan Merah Di Dada Aliff Aziz, Pelukis Tatu Henna Dedah Perkara Sebenar - TEHPANAS
  4. “Merah Itu Pewarna Sirap” – Kesan Merah Di Dada Aliff Aziz, Pelukis Tatu Henna Dedah Perkara Sebenar - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*