Curi Duit, Rokok & Pemetik Api, Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ingat lagi tak kes penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz yang dilaporkan mencuri wang tunai pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri pada Jun lalu?

BACA : “Saya Hanya Menunggu” – Bella Astillah Enggan Komen Aliff Aziz Pujuk Untuk Rujuk Semula

Susulan daripada kes tersebut, bekas suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah didakwa di mahkamah Singapura pada awal pagi tadi atas tuduhan mencuri.

Memetik Astro Awani, artis yang berasal dari Singapura itu didakwa mencuri wang sebanyak S$300 (RM909) dan Rupiah 1 juta (RM296) milik Raja Yunika antara pukul 12 tengah malam dengan 3 pagi pada 7 Jun lalu di sebuah bilik di Studio M Hotel, 3 Nanson Road, Singapura.

Bukan itu saja, Aliff turut menghadapi tuduhan mencuri sekotak rokok dan pemetik api bernilai S$15.60 (RM47.29) milik Gurwinder Singh di kafe Starbucks, Plaza Singapura, pada 6 Ogos lalu sekitar pukul 4.45 pagi.

Bagaimanapun, Aliff dibebaskan dengan ikat jamin S$5,000 (RM15,000) dan perbicaraan akan disambung pada 1 Oktober ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*