Aliff Aziz Ditahan Polis, Didakwa Mencuri Duit Artis Indonesia

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan kes kecurian wang tunai seorang artis Indonesia Raja Yunika Putri yang mendakwa dicuri oleh artis Singapura iaitu Aliff Aziz, pihak polis Singapura telah menahan Aliff untuk siasatan lanjut.

BACA : Aliff Aziz Dituduh Curi Duit Artis Indonesia, Syed Saddiq Bantu Yunika Putri

Yunika memberitahu dia telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Singapura bahawa artis berkenaan sudah ditahan bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.

“Ya betul, dia sudah ditahan pihak berkuasa di sana. Sebelum ini dia ada menghubungi saya untuk selesai cara baik, namun saya beritahu tidak akan menarik laporan polis itu.

“Pada awalnya dia seakan sudah kesal terhadap kesilapannya sebelum ini, tapi kini saya rasa dia suka dengan masalah yang menimpa. Saya harap dia dapat berubah,” – Yunika.

Portal Berita Mediacorp turut melaporkan mengenai penahanan Aliff Aziz seperti mana yang didakwa oleh Yunika di dalam media Malaysia.

Yunika mendedahkan dia berjumpa dengan Aliff Aziz untuk membincangkan mengenai peluang pekerjaan di Indonesia kerana Aliff mengadu tidak dapat mendapat sebarang tawaran selepas bercerai dengan bekas isteri.

Laporan polis yang mendakwa Aliff Aziz mencuri duit Raja Yunika Putri

“Saya langsung tidak menyangka akan diperlakukan begini oleh Aliff, awalnya cuma berniat untuk membantunya mendapatkan tawaran berlakon di Indonesia kerana dia mengadu tidak mendapat sebarang tawaran selepas bercerai dengan bekas isteri.

“Memang sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai ahli politik untuk membantu golongan muda yang menghadapi kesukaran sepertinya,” – Yunika.

Namun, Yunika tidak menyangka pertemuannya yang berniat untuk membantu Aliff Aziz berakhir dengan kehilangan wang tunai di sebuah kelab malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

5 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Saya Dah Maafkan Aliff" - Artis Indonesia, Yunika Maafkan Aliff Aziz - TEHPANAS
  2. “Saya Dah Maafkan Aliff” – Artis Indonesia, Yunika Maafkan Aliff Aziz - Info Sebenar
  3. (Video) Tatu Nama Bella Di Dada, Aliff Aziz Dedah Cerita Sebenar
  4. "Menyesal Saya Kasihan Dengan Anda!" - Raja Yunika Sedih Dituduh Fitnah Aliff Aziz - TEHPANAS
  5. “Menyesal Saya Kasihan Dengan Anda!” – Raja Yunika Sedih Dituduh Fitnah Aliff Aziz - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*