Sah Bercerai Talak Satu, Aliff Aziz Menangis & Bella Astillah Nampak Tenang

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Aliff Aziz mengalirkan air mata mendengar pesanan terakhir yang diberikan oleh bekas isterinya Bella Astillah sejurus penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada petang tadi.

BACA : “Saya Akan Move On Tanpa Aliff” – Bella Astillah

Bella meminta Aliff memperbaiki diri dan menjadikan apa yang berlaku sebagai petunjuk daripada Allah SWT.

“Saya minta maaf kepada Bella dan keluarga, apa yang jadi tadi saya masih tak dapat nak hadam lagi,” – Aliff Aziz

Aliff  menceraikan Bella Astillah atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, dengan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Mushid kira-kira pukul 3.45 petang.

Dalam pada itu, Aliff berkata Bella banyak berkorban untuknya dan dia mengagumi kesabaran yang dimiliki wanita tersebut.

“Bella terlalu banyak berkorban dari hari pertama kami kenal, dia jaga pakai, makan, kerja dan lahirkan anak.

“Sejujurnya saya masih sayangkan dia tapi biarlah Allah berikan ganjaran padanya. Tiada orang yang mampu sabar seperti Bella dan mungkin Allah nak tunjukkan pada saya,” – Aliff Aziz

Menurut mStar, Aliff enggan memberi sebarang komen apabila mengenai kontroversi membabitkan dia dengan gadis TikTok dikenali sebagai Nismell dan seorang janda anak satu, Meri Meifina.

Video Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Bercerai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Bukan Kudis Atau Kurap, Saya Tanam Rambut" - Aliff Aziz Jawab Persoalan Netizen - TEHPANAS
  2. “Saya Tidak Membenci Aliff Aziz, Dia Tetap Ayah Ayden" - Bella Astillah - TEHPANAS
  3. (Video) Tatu Nama Bella Di Dada, Aliff Aziz Dedah Cerita Sebenar
  4. Tatu Nama Bella Di Dada, Aliff Aziz Dedah Cerita Sebenar - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*