Aliff Syukri Akhirnya Pasrah, Ikan Kelah Emas Ribuan Ringgit Digoreng Kunyit

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas kematian lebih 500 ekor ikan kelah yang dibelanya, ushawan Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya pasrah apabila memasak ikan tersebut dengan menggoreng campur serbuk kunyit.

BACA : “Ikan Hari Tu Buat Gulai Ke?” – Disindir Dato’ Vida Tidak Pandai Jaga Ikan, Aliff Syukri Naik Angin

Aliff Syukri berkongsi video menerusi Instagram yang memaparkan dia tengah memasak 4 ekor ikan kelah emas yang mati tempoh hari dan mendakwa untuk 4 ekor harga ikan yang dimakannya berharga RM4000.

Selepas memasak, Aliff dilihat memakan ikan kelah tersebut sambil berceloteh dan memberitahu sekiranya ada yang berminat untuk cuba makan ikan mahal tersebut, bolehlah menghubunginya dengan segera.

“Akhirnya abang pasrah, hati abang sakit ramai yang menghina abang dan kejam terhadap ikan abang.

“Abang tak sanggup makan ikan ini, dah bela hampir dua tahun orang cakap ikan ni harga dia beribu ribu ringgit tapi abang terpaksa.

“Sekarang ini abang ada simpan untuk sesiapa yang nak merasa kesedapan ikan abang boleh dm abang harga seekor RM500 – RM1000 sahaja. Ada minat nak rasa DM abg ok,” – tulis Aliff di Instagram.

Menurut Aliff, dia masih menyimpan ikan kelah yang lain dan dijual dengan berharga antara RM500 ke RM1000 kepada yang ingin mencuba kenikmatannya.

Sebelum ini, isu kolam ikan ini mendapat perhatian ramai termasuk Dato’ Seri Vida yang berkongsi tips penjagaan ikan, namun Aliff berang dengan tindakan Vida yang didakwanya menyindir dirinya tidak pandai menjaga ikan mewah.

Video Datuk Aliff Syukri Masak & Ikan Kelas Emas RM4000

 

“Pale Otak Kau Nak Jual Ikan Kena Racun” – Netizen Kecam Aliff Syukri Jual Ikan Mewah Mati Kepada Orang Ramai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*