“Saya Sayang Awak Sampai Mati” – Aliff Syukri Kongsi Video Peluk Isteri Bukti Dah Berbaik

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jika korang adalah salah seorang peminat atau pun followers usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram mahu pun di Youtube, sudah pasti korang tahu hubungan Aliff dan isterinya Datin Seri Shahida sedikit goyah.

BACA : “Kenapa Edit Caption?” – Aliff Syukri Sindir Isteri Di Instagram, Datin Shahida Tinggalkan Komen

Sebelum ini, Aliff dan Shahida masing-masing meluahkan rasa kecewa dan sedih di media sosial menunjukkan yang hubungan mereka dalam situasi yang tidak menyenangkan.

Namun, kepada korang yang risaukan dengan hubungan pasangan ini, korang sudah boleh mengusap dada kerana Aliff dan Shahida sudah berbaik-baik dan dah peluk-peluk manja gitu!

Ya, perkara baik ini telah dikongsikan oleh Aliff Syukri di Instagram dan Youtube Channel miliknya dan memaparkan mereka berdua berpeluk antara satu sama lain dan kelihatan Shahida menitiskan air mata sambil bersalam tangan dengan suaminya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen postitif dan mahukan pasangan Aliff dan Shahida tidak mahu bergaduh lagi kerana kasihankan anak-anak mereka.

Video Aliff Syukri Peluk Isteri Tanda Sudah Berbaik

View this post on Instagram

smua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? kalau setuju komen di bawah👇🏻 . . Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran.. yang perlu dilalui.. Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasnagan kontra dari smua sudut.. siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga sy pasti smua pernah .. begitu juga sy..itulah lumrah kehidupan cuba bayangkan dua kepala yg dilahirkan berbeza perut,nak hidup sekali sampi kemati… mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza,pendapat dan ego..sedangkan dengan ayah dan mak pun kekdang kita tidak sependapat … dan kadang kala mahu bergaduh… inikan pula suami isteri … orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini.. bagi abang dlm perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing- masing kadang kala tak semua benda kita betul… . . . tak guna pun kalau Kita cari siapa betul atau siapa yang menang ??pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan lah ..jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak pijak isteri begitu juga dengan isteri kadang kala isteri ini kena lah belai dan faham suami..jgn suami buat baik.. dipijak kita pula Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam Hidupan maklumlah kita bukan hidup dalam syurga kalau semua sempurna.. itu namanya syurga ..Apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. terima kasih doa kalian smua.. syukur alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa?? yang berlaku ini biarlah kami sahaja yg tahu.. kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita❤️ dan lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg bergaduh hanpir 3bulan😢

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*