“Saya Tidak Serik Berlakon” – Aliff Syukri Lebih Memilih Watak Selepas Ini

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akui tidak pernah serik untuk berlakon selepas filem lakonannya, Badang The Movie menerima kecaman hebat daripada ramai pihak.

BACA : Aliff Syukri Bangga Miliki Rumah RM6 Juta Atas Pavilion

Menurut Aliff dia menganggap bidang lakonan sebagai hobi dalam kehidupannya dan tidak pernah serik untuk meneruskan dalam bidang lakonan.

“Selepas filem Badang, saya masih lagi terus berlakon seperti dalam drama bersiri Toyol Ke London sebagai watak utama,” katanya kepada Gempak.

Dia menjelaskan lagi, dia hanyalah sekadar seorang ‘talent’ yang dibayar untuk berlakon dan menegaskan dia seorang yang memilih terhadap setiap karakter yang ditawarkan kerana ingin melihat kepada kesesuaian dirinya.

“Kalau ikutkan setiap bulan saya dapat tawaran berlakon drama.

“Namun watak yang ditawarkan adalah menjadi bapa ayam. Saya tidak akan terima untuk watak-watak sebegitu,” – Aliff Syukri

Dia memberitahu setiap tawaran yang dia terima dia akan lihat sama ada karakter itu bersesuaian atau tidak dengannya dan jika ikutkan dia setiap bulan mendapat tawaran untuk berlakon drama.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Saya Ingat Dia Perompak" - Aliff Syukri Terkejut Peminat OKU Datang Minta Kerja - TEHPANAS
  2. “Saya Ingat Dia Perompak” – Aliff Syukri Terkejut Peminat OKU Datang Minta Kerja - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*