“Kenapa Edit Caption?” – Aliff Syukri Sindir Isteri Di Instagram, Datin Shahida Tinggalkan Komen

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jika anda mengikuti perkembangan usahawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri, baru-baru ini, ibu kepada Aliff mendedahkan rumah tangga anaknya itu sedikit bergolak dan dipercayai kerana Youtube.

BACA : Kerana Youtube, Rumah Tangga Aliff Syukri Bergolak? Bonda Rozita Dedah Punca Sebenar

Menerusi laman media Instagram, Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambarnya bersama anak-anak dan ibunya tanpa isteri, Datin Shahida sekaligus menjadi tanda tanya di kalangan netizen dan peminat.

Lebih menggamatkan keadaan apabila, Datin Shahida meninggalkan komen yang menjadi perhatian apabila mendakwa suaminya itu menyunting kapsyen pada ruangan posting berserta gambar terbabit.

“Kenapa edit caption? biarlah 1 Malaysia baca……” – tulis Shahida pada ruangan komen posting tersebut.

Apa lagi, ramailah netizen memberi komen balas kepada Shahida dan bertanyakan kapsyen sebelum disunting oleh Aliff Syukri sebelum ini.

Ada juga yang memberi kata semangat kepada Shahida yang sedang sarat mengandung tetapi diperlakukan sedemikian oleh suaminya.

Dalam pada itu, tak kurang jugaklah ‘tentera-tentera’ netizen yang menyerang dan menyelar tindakan Aliff Syukri seolah-olah mengaibkan isterinya yang sedang sarat mengandung.

Menurut seorang netizen, kaspyen sebelum disunting itu berbaur sindiran Aliff kepada isterinya, Shahida yang boleh mendatangkan fitnah serta menasihati Aliff supaya ‘melepaskan’ isterinya sekiranya masih mahu menyindir isterinya.

Kerana Youtube, Rumah Tangga Aliff Syukri Bergolak? Bonda Rozita Dedah Punca Sebenar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Saya Sayang Awak Sampai Mati" - Aliff Syukri Kongsi Video Peluk Isteri Bukti Dah Berbaik - TEHPANAS
  2. “Saya Sayang Awak Sampai Mati” – Aliff Syukri Kongsi Video Peluk Isteri Bukti Dah Berbaik - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*