“Saya Ingat Dia Perompak” – Aliff Syukri Terkejut Peminat OKU Datang Minta Kerja

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Usahawan selebriti popular Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila didatangi seorang pemuda kelainan upaya (OKU) ke kediamannya baru-baru ini yang pada mulanya disangkakan perompak.

Menurut Aliff Syukri, kedatangan pemuda kacak itu dari Johor semata-mata untuk bertemunya selaku peminat setia.

BACA : “Saya Tidak Serik Berlakon” – Aliff Syukri Lebih Memilih Watak Selepas Ini

Apa yang menyentuh hati, pemuda yang dikenali sebagai Syukri itu turut meminta bantuan Aliff untuk memberikannya peluang pekerjaan, walaupun sebagai tukang kebun.

“Hari ini secara tiba-tiba seorang lelaki datang ke rumah saya dan dibawa oleh pengawal keselamatan, saya ingat perompak…

“Dia cakap dia nak jumpa saya. Saya terkejut apabila dia datang tiba-tiba dengan bawa plastik gambar saya.

“Dan dengan gaya yang normal dia nampak begitu segak dan juga handsome..tak sangka dia OKU.

“Dia begitu teruja dapat berjumpa dengan saya… Ini lah kali pertama saya menghadapi pengalaman seperti ini. Dia nak bekerja dengan saya.

“Dan dia peminat saya. Tapi, adakah patut saya mengambil dia sebagai seorang pekerja. Sedih, kasihan, confused semua ada,” – Aliff Syukri.

Video yang dimuat naik oleh Aliff di Instagram itu mendapat pelbagai respon positif daripada rakan selebriti dan netizen.

Ramai yang mahukan Aliff mengambil pemuda itu supaya bekerja dengan dia agar dapat membantunya.

Bukan itu sahaja, salah seorang bekas gurunya di sebuah sekolah pendidikan khas di Segamat, Johor yang menggunakan akauan @chegu_lan memberi komen dan ternyata pemuda itu adalah seorang yang baik dan rajin.

“Beliau memang anak yang baik, rajin dan menghormati orang. Datuk adalah idolanya, ke mana-mana dia pergi dia akan tunjukkan handphone dia yang penuh dengan gambar Datuk.

“Sebaik sahaja tamat persekolahan pendidikan khas dia melakukan pelbagai kerja seperti operator, kerja di kedai makan dan macam-macam lagi,” – komen @chegu_lan di Instagram Aliff Syukri.

Malah, Syukri menjadikan Aliff Syukri sebagai idolanya dan di dalam telefon bimbitnya penuh dengan gambar-gambar Aliff Syukri.

View this post on Instagram

Harini secara tiba-tiba seorang lelaki datang dirumah saya. Dan saya dibawa oleh pengawal keselamatan rumab saya..sy ingat perompak… . Dan dia cakap dia nak jumpa saya . Saya terkejut apabila dia datang tiba2 dengan bawa plastic gambar saya. Dan dengan gaya yang normal dia nampak begitu segak dan juga handsome..tak sangka dia oku . . Dia begitu teruja dapat berjumpa dengan saya.. Ini lah kali pertama saya menghadapi pengalaman seperti ini. Dia nak bekerja dengan saya.. Dan dia peminat saya. Tapi, adakah patut saya mengambil dia sebagai seorang pekerja. Sedih,kesian, confused semua ada… Apa patut saya buat sila comment dibawah….full vedio ada di yutube saya tv terlajak laris

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Saya Ingat Dia Perompak” – Aliff Syukri Terkejut Peminat OKU Datang Minta Kerja - Info Sebenar
  2. "Gila, Spender Pun Nak Tunjuk!" - Tayang Spender Mahal Di Intstagram, Ibu Aliff Syukri Bengang - TEHPANAS
  3. “Gila, Spender Pun Nak Tunjuk!” – Tayang Spender Mahal Di Intstagram, Ibu Aliff Syukri Bengang - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*