Alyah Bengang Dituduh Biadap Pulang Sebelum Konsert GV 6 Berakhir, Ini Jawapan Dia…

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jika anda menyaksikan konsert Gegar Vaganza 6 minggu lalu, pasti anda tahu yang penyanyi Datin Alyah muncul sebagai penyanyi jemputan.

Rupa-rupanya, ramai peminat yang teruja dan mahu dia terus menemani suaminya, Datuk Ramli MS, selaki juri tetap GV 6 itu sepanjang program tersebut berlangsung.

Dalam pada itu, ada seorang individu tidak puas hati dan mempersoalkan tindakan Alyah yang pulang lebih awal sebelum konsert berakhir.

“Orang yang sudah menjalankan kerjanya dan harus meninggalkan majlis kerana harus menghantar anak saudaranya pulang sebab esok sekolah…” – balas Alyah di ruangan komen.

Netizen itu juga menyifatkan penyanyi itu sebagai biadab kerana pulang semasa peserta GV 6 sedang membuat persembahan.

Mungkin bengang dengan komen sedemikian, Alyah tampil membalas komen yang agak melampau itu dan menjelaskan dia mempunyai urusan lain yang harus diselesaikan.

Dia juga turut menegaskan kemunculannya dalam konsert tersebut hanya sekadar memenuhi undangan persembahan untuk segmen pembukaan dan sebagai artis jemputan, dia tidak perlu untuk duduk di bahagian depan bersama suaminya.

1 Trackback / Pingback

  1. "Last News U Guys Divorce Kan?" - Muat Naik Gambar Bersama Suami, Alyah Bengang Soalan 'Merapu' Netizen - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*