Amir Ukays Ditangkap Miliki Senjata Api (Pistol)

21/10/2015

Penyanyi Amir Ukays ditangkap pihak polis pada awal pagi tadi jam 1.45 pagi di jalan susur masuk ke Kampung Chubadak Sentul, Kuala Lumpur oleh pihak Polis Sentul.

Amir Ukays atau nama sebenar Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf ditangkap kerana memilik senjata api jenis pistol berwarna hitam (Walther P99) yang diletakkan di atas bahagian kiri tempat duduk pemandu di dalam kereta jenis proton Gen 2 yang dinaiki oleh beliau.

Penanyi yang terkenal dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu pada tahun sekitar 1994 itu mengaku yang senjata api tersebut adalah milik beliau.

Amir seterusnya dibawa ke balai Polis Sentul untuk membantu siasatan lanjut.

Adakah Amir Ukays tidak beraksi pada minggu ini dalam rancangan Gegar Vaganza 2 yang baru bermula pada minggu lepas? Adakah Amir Ukays akan menarik diri atau dibuang penyertaan di dalam rancangan terbitan Astro tersebut?

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: