Amy Mastura Melatah Lucah, Didenda Tidak Sampai RM50 Ribu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Artis Malaysia tidak kurang yang melatah secara tidak sengaja antaranya Amy Mastura dan didakwa melatah sehingga terkeluar kata-kata berbaur lucah pada segmen pagi stesen radio Suria FM.

LIHAT : (Video) DJ HotFM Buat Buta Mempersendakan Fina Mentor Milenia

Pengurus Besar Program stesen radio Suria FM, Subarma Moktaruddin berkata, perkara tersebut merupakan risiko yang perlu dihadapi oleh mana-mana stesen radio yang menyiarkan program secara langsung.

“Ia kesilapan di luar kawalan bagi mana-mana siaran langsung, walaupun saya akui ia ada delay (tunda) beberapa minit.

“Ia bukan salah Amy Mastura dan dia tidak perlu bayar denda atas kesilapan itu. Ia adalah atas tanggungjawab kami dan jumlahnya tidaklah sehingga RM50,000 seperti didakwa.” – Subarma Moktaruddin

Isu melatah lucah itu timbul ketika Amy Mastura menjadi artis undangan dalam segmen Suria Pagi bersama penyampai Halim Othman, Zulin Aziz & Fizi Ali dan pihak radio terpaksa membayar denda kepada pihak berkenaan.

1 Trackback / Pingback

  1. Syafiq Kyle Merayu Padamkan Video Lucah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*