“Kesian Orang Tuduh Dia Macam-macam…” – Anak Anggota Polis Sedih Ayah Diherdik

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan daripada rakaman video yang viral di media sosial memaparkan seorang pegawai polis yang dituduh cuba untuk mengambil rasuah ketika menahan sebuah lori di Jalan Pasir Putih-Lahat, anak kepada anggota polis itu meluahkan rasa sedih di Twitter.

BACA : Polis Tetap Buru Lelaki Tayang Kemaluan Walaupun Mangsa Tidak Mahu Panjangkan Kes

Dalam video berdurasi 2 minit itu, pemandu lori dan isterinya telah mengherdik dan menuduh pegawai polis itu untuk mengambil rasuah apabila diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu.

Terkilan ayahnya yang sudah berusia diherdik dan diperlakukan sedemikian, anak kepada pegawai polis itu yang menggunakan akaun Twitter @ftnzlkfl_ telah meluahkan rasa sedih dan kecewanya terhadap sikap biadap pemandu lori dan isterinya itu.

Bagaimanapun, pemandu lori terbabit telah ditahan reman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, kerana menghalang dan mengganggu tugas pegawai polis itu dan siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau termasuk empat waran tangkap.

Video Pemandu Lori Tuduh Pegawai Polis Minta Rasuah Ketika Ditahan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*