(Gambar) Anak Conteng Dinding Pejabat Pos, Ibu Bapa Sibuk Main Handphone

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Tidak dinafikan budak-budak memang nakal dan perangai memang boleh menaikkan darah kepada sesiapa yang melihat perangai budak-budak.

Seorang netizen memuatnaik gambar seorang budak lelaki yang sedang seronok menconteng dinding di pejabat pos cawangan Tesco Gelugor, Pulau Pinang di laman sosial Facebook. Selepas ‘melukis’ pada dinding pejabat pos, budak tersebut memijak bakul sampah yang berada di hadapan kaunter pejabat pos.

“Sikap ibu bapa yang tidak kisah apa anak nak buat, habis dinding pejabat pos dilukis, bakul sampah dipijak.”

Kalau ikutkan budak itu bukan tahu apa yang mereka lakukan itu mengundang kemarahan orang ramai, tetapi itu semua tanggungjawab ibu bapa budak tersebut.

Netizen mendakwa kebanyakkan anak-anak dibiarkan bermain dan membuat perangai disebabkan sikap ibu bapa yang tidak ambil endah dan sibuk dengan handphone ataupun gajet masing-masing.

Bila orang lain menegur anak, sudah pasti muka mak bapak budak tu akan masam muka dan tidak dapat menerima hakikat dengan perangai anak mereka.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*