Anak Gali Kubur Ibu Kerana Terlalu Rindu, Bawa Mayat Ibu Balik Ke Rumah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Siapa yang tidak sayangkan ibu kan? Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sanggup menggali semula kubur ibunya dan membawa balik ke rumah jenazah yang baru saja dikebumikan 40 hari lalu di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur.

BACA : “Keluarga Kami Kena Sumpahan!” – Adik Beradik Mati Setiap Tahun, Keluarga Ini Pindah Ke Hutan

Menurut laporan portal Kompas, lelaki yang dikenali sebagai Nasir itu menggali kubur dan membawa balik jenazah ibunya dengan mengusung di dalam guni untuk dibawa balik ke rumah kerana terlalu rindu dengan arwah ibunya.

Pada mulanya, kejadian pelik itu tidak diketahui penduduk sebelum satu rakaman videonya yang cuba mengebumikan semula jenazah pada Ahad lalu viral di media sosial.

Selama dua hari mayat ibunya berada di rumah Nasir dan selepas dipujuk kakaknya, Sul, Nasir terpaksa membawa semula jenazah ke kubur untuk ditanam semula.

Salah seorang penduduk di situ menjelaskan mereka tidak menyedari kejadian itu kerana lokasi kubur tersebut terletak jauh di dalam hutan.

Namun, laporan daripada polis tempatan mengatakan pemuda itu dipercayai mengalami tekanan jiwa selepas ibunya meninggal dunia.

Video Lelaki Gali Kubur Ibu Kerana Terlalu Rindu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*