Anak Tikus Dalam Makanan Yang Ditapau, Wanita Ini Terus Hilang Selera

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang wanita terkejut dan hilang selera untuk makan makanan yang dibeli dan dibawa balik apabila mendapati di dalam makanan tersebut terdapat anak tikus yang digoreng bersama makanan tersebut.

Menerusi laman Facebook, wanita yang dikenali sebagai Deyanira Cortes dari Columbus, Ohio telah memuat naik video hidangan chicken teriyaki yang mengandungi anak tikus dan didakwa dibeli dari restoran Yihi Japan di dalam bangunan Polaris Mall.

Video tersebut tular di Facebook dan menjadi perbualan hangat netizen sekaligus menyebabkan pihak berkuasa tempatan membuat ‘lawatan’ mengejut terhadap restoran itu tetapi mereka tidak menemukan sebarang bukti yang melibatkan tikus.

Menurut Daily Star, pihak berkuasa tempatan hanya menemui kesalahan lain iaitu kawasan yang kotor dan menjumpai lipas menyebabkan premis itu terpaksa ditutup sehingga perkara itu diselesaikan.

Video anak tikus dalam makanan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Muntah Weh!" - Noorkhiriah Termakan Sambal Lipas, Terpaksa Upload Gambar Nasi Lemak - TEHPANAS
  2. “Muntah Weh!” – Noorkhiriah Termakan Sambal Lipas, Terpaksa Upload Gambar Nasi Lemak - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*