Aplikasi With Me Untuk Selfie Dengan Orang Mati

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sekarang ini banyak pembangun aplikasi masing-masing berlumba mencipta aplikasi bagi memenuhi kehendak dan keperluan manusia mengikut arus teknologi yang kian canggih.

BACA : Smartphone UMNO Sangat Hebat

Begitu juga dengan aktiviti mengambil foto selfie yang semakin popular dan memaksa pengeluar telefon pintar untuk menggunakan kamera beresolusi tinggi pada kamera hadapan.

Aplikasi With Me yang dibangunkan oleh firma ELROIS dari Korea Selatan menggunakan teknologi AR dan imbasan 3D bagi membolehkan anda bergambar dengan avatar 3D orang yang telah meninggal dunia.

Avatar tersebut sangat mudah dihasilkan dengan berinteraksi dengan pengguna dan mendengar apa yang disebutkan oleh pengguna aplikasi tersebut.

Bukan itu saja, aplikasi ini juga membolehkan pengguna melakukan pelbagai aksi seperti bercium atau menunjukkan lambang peace ketika gambar diambil dan pengguna juga membolehkan pengguna bergambar bersama selebriti kegemaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*