Apple Watch Mula Dijual Di China Dengan Harga Yang Murah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Apple Watch atau sebelum ini disebut dengan nama iWatch baru sahaja dilancarkan pada 11 Mac 2015 yang lepas bersama dengan The New Macbook.

Apple Watch bakal menemui peminat Apple pada 24 April 2015 depan dengan harga permulaan RM1299 – RM1399 untuk Apple Watch dan Apple Watch Sport. Manakala Apple Watch Edition yang disaluti emas 18 karat mencecah harga sekitar RM99,000.

Walaupun Apple belum memasarkan atau menjual produk jam tangan Apple Watch ini, namun di China sebuah syarikat pembuat jam telah menjual jam tangan Apple Watch dengan harga hanya sekitar RM149 sahaja.

Tetapi, macam biasa kalau dah iPhone 6 pun pengeluaran di China boleh menciplak, apatah lagi jam tangan Apple Watch ini. Semestinya jam tangan Apple Watch atau iWatch keluaran dari syarikat di China ini adalah klon dan kualitinya faham-faham saja’lah…


Syarikat Zeaplus telah mengeluarkan jam tangan berbentuk Apple Watch dengan edisi warna perak, kelabu dan emas yang kononnya mengambil inspirasi dari jam tangan sebenar Apple Watch.

Walaupun murah, mungkin Apple Watch clone China ini nampak cantik di pergelangan tangan anda. Hehe…

Harus diingat, Apple Watch edisi China ini menggunakan sistem Android dan bukannya iOS seperti Apple Watch yang original yang bakal menemui anda pada 24 April 2015. Oh ya, seperti produk Apple yang lain, Malaysia mungkin lambat sedikit untuk jualan Apple Watch ini ya.

Harga iPhone 5s | iPhone 6 | iPhone 6 Plus di Malaysia Naik

Bercerita pula dengan harga terbaru di Malaysia untuk iPhone, mungkin ramai yang terkejut dengan harga terbaru untuk iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus di Malaysia telah naik secara purata hampir RM200 setiap satu dengan kapasiti yang berbeza.

Selepas Apple Malaysia mengemaskini laman web Apple Store Malaysia, harga iPhone naik secara mendadak menyebabkan ramai yang mendakwa harga ini adalah untuk Goods and Services Tax (GST) yang bermula April ini.

Sebenarnya harga iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang naik di Malaysia ini adalah disebabkan oleh nilai matawang Ringgit Malaysia (RM) yang jatuh teruk secara mendadak. Manakala iPhone 5c, iPad Air (1 & 2) dan iPad Mini (1,2 &3) serta iPod masih kekal dengan harga sebelum ini.

Harga terbaru iPhone 6
iPhone 6 16gb – RM2,549
iPhone 6 64gb – RM2,949
iPhone 6 128gb – RM2,949

Harga terbaru iPhone 6 (iPhone 6+)
iPhone 6 Plus 16gb – RM2,949
iPhone 6 Plus 64gb – RM3,349
iPhone 6 Plus 128gb – RM3,749

Harga terbaru iPhone 5s
iPhone 6 16gb – RM2,149
iPhone 6 32gb – RM2,349

Lihat di sini untuk harga iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sebelum ini dan bezakan dengan harga sekarang.

Kalau ada yang berhajat hendak membeli iPhone 6 atau iPhone 6 Plus sama ada dari kedai Switch, Machines atau secara online di Apple Store Malaysia, rasa-rasa batalkan dulu hajat tu kerana kalau ikutkan sumber, tak lama lagi Apple akan keluarkan iPhone 7, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. Mungkin sahaja, belum pasti…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Comment

  1. Thanks for a marvelous posting! I certainly enjoyed reading it,
    you can be a great author. I will make certain to bookmark your blog and will eventually come
    back in the future. I want to encourage that you continue your great job, have a nice holiday weekend!

1 Trackback / Pingback

  1. Harga iPhone & Produk Apple Selepas GST

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*