“Bukan Saya Yang Bela Beruang” – Ara Johari Rimas Dituduh Bela Beruang

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Berita mengenai seorang penyanyi rock wanita yang membela seekor beruang matahari hangat diperkatakan semalam telah membuatkan Ara Johari rimas kerana dia telah dikaitkan dengan penyanyi tersebut.

BACA : Bela Anak Beruang Matahari, Sofia ‘Rockanova’ Ditahan Pihak Berkuasa

Menurut Ara, perkara itu menyebabkan dia menerima pelbagai mesej peribadi dari netizen yang memaki hamun dan menuduh dirinya telah menganiaya haiwan.

“Bila sebut penyanyi rock wanita, berusia 20-an tu andaian mereka hampir tepat tetapi itu bukan saya. Ramai yang maki dekat DM cakap saya aniaya binatang.

“Saya cuma terkilan sebab netizen mudah-mudah sahaja tuduh saya dan memaki tanpa selidik dahulu.

“Saya tak bela beruang. Yang kena tangkap tu artis lain yang saya sendiri tak kenal,” – Ara Johari

Malah, Ara sendiri pun turut menyelar tindakan penyanyi rock terbabit yang menganaiya haiwan terlindung itu, memetik mStar.

Menerusi Instastory, Ara memuat naik gambar berserta caption mengenai persoalan berkaitan beruang dari followers Instagram kepada dirinya.

Jelas kelihatan wajah Ara nampak rimas dan terkilan kerana orang lain yang buat hal, dia yang menjadi mangsa kecaman netizen. Bertabahlah sis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Saya Sangka Anjing, Rupanya Beruang" - Zarith Sofia Dedah Punca Bela Beruang - TEHPANAS
  2. "Eh Gila Laa!!" Nabila Huda Kecam Ara Johari Makan Mi Pedas Campur Durian - TEHPANAS
  3. “Eh Gila Laa!!” Nabila Huda Kecam Ara Johari Makan Mi Pedas Campur Durian - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*