“Acu Pistol Pun Saya Tetap Menyanyi” – As’ad Motawh Tidak Hirau Kecaman Netizen

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sejak kebelakangan ini, bermacam-macam insiden menimpa As’ad Motawh sehingga dikecam oleh netizen supaya berhenti daripada bidang nyanyian.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 18 tahun ini turut dikecam kerana tidak boleh menyanyikan lagu high note dan ada juga netizen melabelkan suaranya persis itik serati.

Yang terbaru, As’ad juga pernah ditertawakan oleh orang ramai kerana sengaja menjatuhkan diri ke atas penonton yang berada di bawah pentas semasa persembahan di Kota Kinabalu, Sabah.

Bukan itu sahaja, As’ad pernah hadir satu majlis dan sewaktu dia menyanyi tidak kelihatan seorang pun penonton yang melihat persembahannya.

Tapi, itu tidak mematahkan semangat anak muda yang berjiwa kental ini sebaliknya bangkit untuk menetapkan misi dan visi demi kariernya.

“Orang ramai tak boleh berharap saya capai tahap kualiti vokal Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya dalam satu malam. Pastinya ia mengambil masa bertahun-tahun,” – As’ad Motawh.

Menurut MyMetro, As’ad Motawh melahirkan rasa kesal kerana ada segelintir orang ramai yang membandingkan dirinya dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dari segi vokal.

Video As’ad Motawh buat-buat jatuh pentas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*