Atlet Gimnastik Indonesia ‘Tiada Dara’ Dihantar Pulang

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara tidak lagi mempunyai dara, seorang atlet gimnastik Indonesia, Shalfa Avrila Sania telah dihantar pulang ke negaranya dan tidak lagi menjalani latihan untuk menghadapi Sukan Sea 2019 di Filipina.

BACA : Murid Tahun 5 Rogol Kakak Saudara, Mengaku Sudah Lakukan 4 Kali

Bagaimanapun, itu semua dakwaan daripada keluarga Shalfa sendiri dan ianya disangkal oleh Kementerian Sukan Indonesia yang menegaskan Shalfa dihantar pulang kerana masalah prestasi dan isu disiplin.

Menurut peguam dan keluarga Shalfa, dia sepatutnya menyertai temasya dwi tahunan Sukan Sea pada 26 November lalu didakwa digugurkan dari sukan tersebut daripada menjalani latihan sejak pertengahan bulan ini.

“Jurulatih berkata anak perempuan saya sentiasa keluar pada lewat malam dengan rakan-rakan lelakinya.

“Siasatan mendapati dia tidak lagi mempunyai dara,”

“Saya terkejut. Saya mahu nama anak perempuan saya dibersihkan.” – jelas ibu Shalfa, Ayu Kurniawati kepada Tribunews.

Wakil Kementerian Sukan Indonesia mendedahkan mereka mengambil tindakan tegas dan soal dara atau pun tidak adalah hak privasi, maruah dan tiada berkaitan langsung dengan prestasi.

Dalam pada itu, keluarga Shalfa telah menghantar surat bersama laporan perubatan yang membuktikan selaput daranya masih ada kepada kementerian untuk membantah pengguguran itu.

Wanita Lakukan Ritual Jemur Bahagian Sulit Dakwa Mampu Tingkatkan Tenaga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*