Awie & Erra Dedah Punca Putus Cinta Di Konsert Awie Romantika

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Siapa tidak tahu kisah hangat percintaan antara penyanyi Datuk Awie dan Erra Fazira pada zaman 90an dahulu. Masa tu kedua-dua ini boleh dikatakan idola kepada peminat mereka. Ahaks!

BACA : Budak K-pop Kecam Awie, Edrie Hentam Balik Budak K-pop

Berita baik kepada semua peminat Awie & Erra kerana mereka berdua ini akan mengimbau perjalanan kisah cinta mereka dan mendedahkan punca percintaan mereka terputus di pertengahan jalan.

Awie & Erra akan mendedahkan semua rahsia tersebut pada Konsert Awie Romantika yang bakal berlangsung 15 Februari depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Bagaimanapun, Awie tidak kisah sekiranya ada yang beranggapan dia cuba menjual kisah cinta lama kerana dia berniat untuk memperjelaskan supaya tidak timbul salah faham atau spekulasi mengenai hubungan mereka terus bertebaran.

“Masih ramai peminat belum dapat melupakan kisah cinta kami walaupun ia sudah lama berlalu. Malah, sehingga ke hari ini, ada lagi yang bertanya kepada saya mengenai Erra.

Antaranya, persoalan mengapa kami tidak berkahwin? Justeru, konsert itu nanti akan menjadi tempat untuk kami mendedahkan apa yang berlaku, termasuk alasan hubungan berakhir.” – jelas Awie kepada BH Online.

Menurut Awie, Erra akan hadir pada konsert tersebut sebagai artis jemputan untuk menjayakan penceritaan kisah cinta mereka dahulu yang akan diceritakan dalam lakonan dan dibantu dengan muzik serta pencahayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*