Ayai Ilusi Takut Guna Wang Gegar Vaganza Untuk Pergi Haji

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Juara Gegar Vaganza musim pertama, Ayai Ilusi atau nama sebenanrnya Zaharuddin Kamaruddin yang menerima hadiah RM100,000 takut untuk menggunakan wang berkenaan menunaikan ibadah haji bersama isteri.

Tetapi, selepas mendapat kepastian daripada beberapa orang ustaz, Ayai mendapat jawapan yang melegakan hatinya kerana semua ustaz yang ditanya olehnya memberi jawapan yang positif mengenai wang hadiah Gegar Vaganza tersebut.

“Saya bertanya beberapa ustaz di program Pencetus Ummah dan Imam Muda Asyraf tentang perkara ini bagi meminta kepastian kepada mereka yang tingggi ilmu agama Islamnya terlebih dahulu.

“Mereka memberitahu tidak salah kerana ia adalah rezeki yang Allah beri dan dilakukan dengan hasil usaha sendiri serta tidak menyimpang.

“Lirik-lirik dalam lagu yang saya bawakan sepanjang pertandingan juga tidak mempunyai unsur lucah dan mengghairahkan,” – Ayai Ilusi.

Ustaz memberitahu wang tersebut boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji memandangkan ianya rezeki hasil usaha sendiri dan tiada ‘maksiat’ di atas pentas yang dilakukan oleh Ayai Ilusi.

TehPanas – Ayai Ilusi tak bawa ‘prop’ perempuan untuk mana-mana persembahannya pun dapat juara. Hehe…

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*