Ayam Jantan Disaman, Gara-gara Bising Berkokok Setiap Pagi

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seekor ayam jantan berhadapan dengan tindakan saman oleh sepasang suami isteri, Jean-Louis Biron dan Joelle Andrieux gara-gara rimas dengan kokokan haiwan itu setiap pagi.

BACA :  Lelaki Tertidur Selepas Maksiat Bersama Kekasih 13 Tahun Dalam Reban Ayam

Ayam jantan yang bernama Maurice itu memang terkenal di kawasan Saint-Pierre-d’Oleron, Paris, malah kokokannya setiap pagi tidak ubah seperti jam loceng yang mengejutkan penduduk sekitar.

Pemilik Maurice, Corrine Fesseau menepis tuduhan itu dan menegaskan haiwan itu hanya ‘menjalankan’ tugasnya setiap hari.

Saman yang diterima oleh Maurice itu turut menimbulkan kemarahan pemilik haiwan di kampung itu yang nekad berkumpul di luar mahkamah untuk memberi sokongan kepada Maurice dan Fesseau.

Bagaimanapun, Jean-Louis Biron dan Joelle Andrieux serta Maurice dilaporkan tidak hadir ke mahkamah di Rochefort pada hari berkenaan.

Menurut sumber, pasangan suami isteri itu tidak ‘sebulu’ dengan Fesseau yang sudah menetap di kampung itu sejak 35 tahun lalu.

Mereka bertengkar dan kemudiannya membawa kepada perbalahan mengenai perundangan dan sebagainya.

Mungkin tiada sebab lain untuk dibangkitkan, pasangan terbabit mengambil keputusan meminta agar ayam jantan di kampung ini tidak berkokok pada waktu pagi dan mengambil tindakan saman.

Sehingga sekarang, kes masih berlangsung sebelum keputusan akan dibuat pada September depan.

Sumber : Astro Awani

“Dalam Reban Ayam Pun Boleh!” – Lelaki Tertidur Selepas Maksiat Bersama Kekasih 13 Tahun Dalam Reban Ayam

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Dalam Reban Ayam Pun Boleh!" - Lelaki Tertidur Selepas Maksiat Bersama Kekasih 13 Tahun Dalam Reban Ayam - HOIVIRAL
  2. Lembu Ketagih Makan Nasi Campur Garam, Merajuk Kalau Tidak Diberi Nasi - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*