Azwan Ali Disihir Jaafar Onn, Muatnaik Gambar Jaafar Onn Mandi Buih

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Dalam rancangan Melodi minggu lepas, Azwan Haji Ali mendakwa dirinya telah disihir oleh seorang artis veteran berperwatakan lembut dengan nama J dan sudah terbukti artis veteran yang dikatakan adalah Jaafar Onn.

Ini terbukti apabila Azwan Ali memuatnaik gambar Jaafar Onn yang sedang mandi buih dengan kata-kata yang kurang enak didengar dan menggelarkan Jaafar Onn sebagai ‘anjing dan jahanam’.

Jaafar Onn juga membalas kata-kata Azwan Haji Ali yang menuduh dirinya menyihir Azwan Haji Ali kepada pihak media dan menyangkal tuduhan yang tidak berasas itu.

“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,”  kata Jaafar Onn mengenai isu gambar mandi buih di Instagram.

“Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” jawapan Jaafar Onn.

Gambar Jaafar Onn mandi buih di Twitter telah dipadam oleh Azwan Haji Ali selepas beberapa jam dan di dalam Instagram Jaafar Onn juga telah tiada gambar Jaafar Onn bermain buih sabun.

Azwan Haji Ali turut mendakwa yang Jaafar Onn seorang kaki bomoh.

TehPanas – sihir dan mandi buih ada kaitan ke?

Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia”
  2. "Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia" - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*