“Azmin, Aku Banyak Buat Dosa Pada Kau” – Azwan Ali Minta Maaf Dengan Azmin & Mahu Berbaik

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin ramai yang tahu kemelut antara selebriti terkenal, Azwan Ali dan abangnya, Azmin Ali tidak baik dan Azwan mendedahkan hasratnya yang lama terpendam untuk berbaik semula dengan abangnya sempena Syawal ini.

BACA : “Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia” – Azwan Ali

Azwan memberitahu ramai peminatnya bertanyakan hubungannya dengan Azmin dan mahukan Azwan atau lebih dikenali sebgai Diva AA itu berbaik semula dengan abang kandungnya itu.

“Di hari baik bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia. Kalau dia baca artikel ini, saya nak cakap; Min (Azmin) selama ni aku banyak buat salah, buat dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf pada kau Min,” – Azwan Ali.

Menurut laporan mStar, Azwan yang kini menetap di London sejak Februari lalu menjelaskan kerelaan hatinya untuk berdamai dengan Azmin bukan sahaja kerana mengenangkan menteri itu adalah abang kandungnya tetapi turut memikirkan didikan arwah ibu bapa mereka.

Malah, Azwan juga bersedia untuk bersemuka dan bermaafan dengan Azmin sekiranya diberi peluang kerana perkara itu adalah sebaik-baiknya.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Diva AA aka Azwan Ali Hina Petugas Hospital Didenda RM17,000 Atau Penjara Enam Bulan - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*