“Ada Orang Nak Main Saman…” – Baby Shima Cabar Aliff Syukri Saman Dirinya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Baru-baru ini, usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri menerusi video di Youtube mengkritik penyanyi Baby Shima gara-gara komen yang ditinggalkan olehnya di ruangan komen Instagram Aliff Syukri.

BACA : Video Sajat Bergelek Sakan Ditegur, Aliff Syukri Gelar PU Amin ‘Poyo’

Dalam video Aliff Syukri, dia bengang dan menyelar penanyi itu yang meninggalkan komen mengatakan suaranya tidak sesuai dengan lagu terbarunya, ‘Cowok Baru’ dan mendakwa Shima bukanlah penyanyi yang bagus.

Sebelum itu, Shima memberi komen terhadap nyanyian Aliff itu di ruangan komen selepas Aliff meminta pendapat netizen mengenai single terbarunya itu.

Tidak mahu berdiam diri diselar oleh Aliff, Shima tampil dalam sebuah video di Instagram yang mencabar Aliff jika mahu mengenakan tindakan saman terhadapnya.

“Ada orang nak main saman, jumpa di pengadilan, dia yang start up video hina kita, kutuk kita, dia yang koyak?” – tulis Shima di Instagram.

Dalam video itu, Shima mengatakan dia tidak takut sekiranya Aliff mahu menyamannya kerana dia yakin tidak bersalah.

“Datuk nak saman? Silakan saman, saya tak takut sebab saya tak bersalah pun.

“Saya tak faham dengan Datuk, pada mulanya Datuk yang meminta pendapat orang terhadap nyanyian Datuk, saya pun beri pendapat saya, tiba-tiba Datuk marah pula,” – jelas Shima dalam video.

Posting terbabit mendapat perhatian netizen dan pelbagai reaksi diberikan oleh netizen di ruangan komen, namun ada yang mendakwa semua itu adalah lakonan semata-mata untuk mempromosikan lagu baharu Baby Shima, ‘Pura-pura Bujang’.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*